PENGKALAN CHEPA, 11.Dis – Kewibawaan permainan yang dipamerkan oleh pasukan dari Ketereh tidak sia-sia setelah berjaya menewaskan Kubang Kerian dengan jaringan 2-1 yang berlangsung di Padang Penjara petang Kelmarin.
Ketereh mendapat tendangan penalti pertama diminit ke 4 setelah pemainnya dijatuhkan dan tendangan kencang yang dilakukan oleh Mohd Azizul Hakim Kamaruddin berjaya menembusi gawang gol Kubang Kerian.
Biarpun Kubang Kerian ketinggalan satu gol, perlawanan masa pertama menyaksikan beberapa serangan yang hampir menembusi gol Ketereh namun kekentalan penjaga gol Ketereh membawa sehingga ke akhir masa pertama.
Kubang Kerian yang begitu kuat membuat serangan di separuh masa pertama berjaya menyamakan kedudukan setelah Mohd Rosli Bongsu berjaya menjaringkan gol penyamaan diminit ke 62.
Kedudukan satu sama tersebut membuatkan permainan semakin rancak dan menyaksikan serangan seimbang berlaku di antara kedua-dua pasukan.
Namun diminit ke 76, Mohd Firdaus Amzar Ismail menjadi wira Ketereh setelah berjaya menjaringkan gol kedua untuk Ketereh dan seterusnya membawa Ketereh ke peringkat Suku Akhir untuk bertemu Machang pada 24.Dis ini.
Perlawanan kali ini juga menyaksikan lima layangan kad kuning oleh pengadil Derani Yusof iaitu tiga diberikan kepada Kubang Kerian ( Mohd Rosli Bongsu, Mohd Syamri Mohammad dan Mohamad NurFarez ) Sementara Ketereh pula ialah Mohammaad Zulhilmi dan Mohd Hanafee Abdullah.
No comments:
Post a Comment