PENGKALAN CHEPA, 24.Dis – Kemuncak Kejohanan Bolasepak Piala Tok Guru 2011 semakin meriah setelah petang ini satu lagi perlawanan antara Machang yang bertemu Ketereh berakhir dengan kemenangan selesa berpihak kepada Machang 2-0.
Perlawanan yang berlangsung di Padang Rumah Sri Kenangan Kemumin petang tadi menyaksikan permainan yang agak seimbang biarpun Machang berjaya membolosi gawang gol Ketereh diminit ke 2 hasil jaringan Mohd Saifuddin Muhammad.
Ketereh yang mula gelisah terus mengatur permainan dengan mengasak penjaga gol Machang dengan beberapa serangan yang agak menarik, namun ia tidak mampu melepasi benteng pertahanan Machang.
Keselesaan terus berpihak kepada Machang setelah jaringan mudah yang dilakukan oleh pemain No10 Mohd Amirul Kasmuri tidak dapat dihalang oleh penjaga gol Ketereh.
Separuh masa kedua turut menyaksikan beberapa serangan menarik dari kedua-dua pasukan namun ia gagal menembusi gawang gol kedua-dua pasukan dan Machang terus unggul sehingga ke minit akhir dengan kemenangan selesa 2-0.
Machang akan bertemu dengan Pengkalan Chepa pada peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada 27hb.Disember bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV jam 9 malam.
No comments:
Post a Comment