KOTA BHARU, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan  hari ini membuat laporan polis berhubung Ketua Umno Bahagian Bachok,  Datuk Dr Awang Adek menerima sejumlah wang dari pihak tertentu menerusi  tiga keping cek.
Dakwaan itu dibuat berikutan sebuah lama blog yang dikenali thewhistleblower 711 di alamat http://thewhistlower711.blogspot.com.
Artikel berkenaan memuatkan Awang Adek dikatakan telah menerima  sejumlah wang ke dalam akaun peribadi beliau yang merupakan sumbangan  seseorang.
Tiga akaun cek yang berjumlah keseluruhannya RM100,000 masing-masing  bernombor 45128662, 98634780 dan 994648024 telah dimuatkan dalam blog  tersebut.
Laporan polis berkenaan dibuat oleh Mohd Roshdi Zahari, 29, dari  Kampung Tualan Salak, Jelawat, Bachok di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa  dekat sini kira-kira pukul 3.15 petang tadi.
Sebaik sahaja laporan polis berkenaan siap dibuat, laporan kepada  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pula dibuat.
Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa, ketika ditemui memberitahu  sumbangan berkenaan begitu meragukan dan pihak berkenaan perlu  menyatakannya secara jelas berhubung perkara itu.

 
 
No comments:
Post a Comment