Perlawanan yang berlangsung hari ini di padang Rumah Sri Kenangan Pengkalan Chepa iaitu sebelah pagi menyaksikan Kota Bharu berjaya mara ke separuh akhir setelah menewaskan Akademi Bolasepak Melayu Kelantan(ABM) melalui tendangan penalti 2 -1 setelah kedua-duanya terikat seri satu sama pada masa sebenar perlawanan.
Peringkat awal permainan, kedua-dua pasukan seimbang dan ABM mendapat tendangan penalti setelah penjaga gol Kota Bharu Wan Mohd Nizam Najmuddin menjatuhkan pemain ABM Mohd Azijja Zakiran Zahari.
Tendangan penalti minit ke lima diambil oleh Mohamd Saiful Amri, namun sedikit kekecewaan dipihak ABM setelah memasuki separuh masa ke dua, Kota Bharu melalui pemain gantiannya Mohd Juzali Dzulkarnain berjaya mendapat gol penyamaan dan ia terikat hingga ke wisel penamat.
Tendangan penalti minit ke lima diambil oleh Mohamd Saiful Amri, namun sedikit kekecewaan dipihak ABM setelah memasuki separuh masa ke dua, Kota Bharu melalui pemain gantiannya Mohd Juzali Dzulkarnain berjaya mendapat gol penyamaan dan ia terikat hingga ke wisel penamat.
Sementara itu Pengadil Derani Yusof pula bertindak tegas kepada kedua-dua pasukan dan menyaksikan lima kad kuning yang dilayangkan kepada Kota Bharu semasa menentang ABM pagi tadi.
Manakala bagi Pengkalan Chepa pula kedatangan Adun Panchor yang juga Yang DiPertua PAS Pengkalan Chepa Dato Mohd Amar Abdullah menambahkan semangat pasukannya dan masa pertama menyaksikan tiga gol berjaya membolosi pasukan jemputan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan(DHPP Kelantan ).
Gol yang dijaringkan oleh pemain jersi no 10 Mohd Farhan Yaacob( 2 gol ) dan Mohd Saiful Bahari Abdullah kekal hingga ke masa penamat dengan kesudahan Pengkalan Chepa layak ke separuh akhir yang akan bertemu di antara Ketereh atau Machang yang akan berlangung petang esok di peringkat suku akhir.Menurut Urusetia penganjur, dua perlawanan Separuh Akhir akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV iaitu Isnin 26.Disember jam 9 malam antara Kota Bharu yang akan bertemu Pasir Mas dan 27.Disember pula akan menyaksikan Pengkalan Chepa bertemu Ketereh atau Machang.
No comments:
Post a Comment