KUALA LUMPUR: Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak
terkial-kial mencari tarikh pembubaran Parlimen, Pakatan Rakyat pula
berjaya melancarkan Manifesto yang menyentuh untuk keperluan rakyat
semalam.
Seperti biasa, di dada-dada akhbar arus perdana hari
ini pula mula menyiarkan komen-komen dari pemimpin BN mengecam tawaran
Pakatan Rakyat itu.
Namun bagi AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, komen-komen kecaman tersebut sudah boleh dijangka sejak awal lagi.
"Kita sudah dapat menjangka komen yang diberikan oleh pemimpin BN, iaitu negara akan bankrap jika ikut manifesto Pakatan Rakyat.
"Inilah skema jawapan pemimpin Umno BN apabila setiap kali kita keluarkan tawaran untuk rakyat," katanya.
Menurut
Idris, pemimpin BN hanya 'pejam mata' melihat ketirisan dan
penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan selama ini seperti yang
didedahkan saban tahun oleh Ketua Audit Negara.
Menurutnya Audit
Negara 2008 mendedahkan berlaku ketirisan RM28 bilion manakala sebanyak
RM871.4 bilion wang haram mengalir keluar antara 2001 hingga 2010.
Tambah
beliau lagi, ketika kerajaan Selangor memberi air percuma kepada setiap
rakyat, pemimpin Umno lantang mengatakan Selangor akan bankrap.
"Selangor
buktikan walaupun wang dihabis untuk rakyat, namun rizab Selangor
bertambah daripada RM400 juta tahun 2008 telah meningkat RM2.57 bilion
pada tahun 2013,' katanya.
Pulau Pinang ujarnya berjaya membayar hutang lapuk RM600 yang ditinggalkan BN sehingga sekarang berbaki RM30 juta.
Kelantan
yang dikatakan miskin pula mampu mentadbir negeri hampir 23 tahun dan
berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada tempat kedua kepada tempat
keempat.
"Maka barang pasti jika PR perintah diperingkat pusat lebih mampu kerana hasil mahsul lebih banyak.
"Semua
tawaran PR tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN kerana
pemerintahan yang penuh korup, utamakan kroni, menindas rakyat yang
tidak sealiran dan pilih kasih.
"Sebab itu pemimpin Umno BN mengatakan negara bankrap kerana mereka fikir pemimpin PR perangai seperti mereka," katanya.
No comments:
Post a Comment