Sunday, February 24, 2013

PAS tubuh cawangan baru di Sri Gombak

 
GOMBAK: PAS gombak menguatkan lagi penguasaan mereka di sini apabila satu lagi cawangan baru parti itu di tubuhkan iaitu di Fasa 7 Sri Gombak.

Malam tadi, majlis pelancaran cawangan baru itu disempurnakan Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan Gombak Ustaz Salehuddin Nasir di sini sempena program ceramah kelompok penerangan isu-isu semasa di sini.

Pada masa sama Haji Yusof yang dilantik ketua cawangan PAS Fasa 7 Sri Gombak turut mewakili penduduk membuat penyerahan keahlian PAS kepada Salehuddin.

Hadir sama malam tadi Ustaz Hasbullah Rizwan selaku Timbalan YDP, dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Syahir Sulaiman.

“Sebelum pilihanraya, kita percaya akan ada lebih ramai ahli Umno Gombak akan menyertai PAS kerana mereka sudah muak dengan janji-janji yang ditaburkan kepada mereka yang tidak ditunaikan” ujar Salehudin dalam ucapannya.

Sehingga kini, cawangan PAS di Gombak sudah mencecah 70 cawangan.

Perkembangan itu sekaligus menguatkan jentera PAS di sini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

No comments: