KOTA BHARU:
Sudah empat kali ramalan tarikh pembubaran parlimen terlepas begitu
sahaja. Terakhir seperti disebut ramai 22 Febuari juga tidak menjadi
kenyataan.
Tiba-tiba hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata
pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu
dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya.
"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita
tunggu kerana saya hendak buktikan dasar transformasi negara benar-benar
berjaya," katanya ketika melancar projek Perumahan Rakyat 1Malaysia
(PR1MA) Seremban Sentral di Seremban hari ini.
Persoalannya sejuah mana kenyataan Perdana Menteri itu mempunyai asas yang kuat atau ada sesuatu di sebaliknya.
Bagaimananpun bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasuruddin Hassan Tantawi (gambar) bukan isu transformasi yang menyebabkan Perdana Menteri sering kali menukar pelan tarikh pembubaran parlimen.
“Sebenarnya ada perkara lain yang membuat Datuk Seri Najib menjadi
serba salah. Sebelum ini ura-ura parlimen hendak dibubar pada Febuari
2012, namun tidak menjadi kenyataan mungkin ada kaitan Himpunan Bersih
3.0.
“Kemudian ditukar pula kepada April 2012, namun tidak juga menjadi kenyataan kerana kebangkitan rakyat pada Himpunan Hijau.
“Maklumat ini bukan kita dapat di tepi jalan sebaliknya sumber
dalaman Umno sendiri. Kita pun ada agen dalam Umno,” katanya pada
ceramah isu semasa di markas Unit Peti Undi Lundang di sini malam tadi.
Hadir sama artis hijrah, Hairie Othman, bekas Pengarah Jabatan
Penerangan Sabah, Hamid Omar, Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Nor
Azariza Alawi, pengarah pilihan raya, Azahari Ab Rahman dan Timbalan
Pengerusi MTD Bunut Payong, Abdul Razak Mamat.
Nasruddin berkata, kemudian khabar angin tarikh pembubaran parlimen
ditunda kepada Disember, namun tidak menjadi realiti selepas kehadiran
lautan manusia pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.
“Sumber Umno pula menyebut pada 22 Febuari akan dibubar, namun
terlepas begitu sahaja. Mengapa. Mungkin ada kaitan dengan kajian
Merdeka Centre dan Universiti Malaya yang memperlihat kedudukan BN
tergugat.
“Kebangkitan rakyat begitu jelas sekali. Pada awal 1990 ceramah PAS
di Johor hanya dihadiri beberapa orang sahaja, namun sekarang sambutan
begitu hangat.
“Begitu juga di Sabah pada awal 1990-an penduduk di sana menganggap
lambang PAS seperti bola pingpong. Namun sekarang penerimaan rakyat
begitu mendadak,” ujarnya.
Menurutnya pada program terbaru yang diadakan di Sabah minggu lepas
kehadiran rakyat sehingga penuh dewan, dan ada anak muda yang datang
membawa gitar
No comments:
Post a Comment