KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP)
mencadangkan pemimpin tertinggi Umno berdebat secara terbuka dengan
pemimpin tertinggi PAS daripada terus menjadikan Perhimpunan Agung umno
(PAU) sebagai medan memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.
Ketua
Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, ucapan perasmian
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ucapan dasar
ketua-ketua sayap pemuda dan wanita hinggalah ucapan dasar Presiden
Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak memberi fokus kepada hala tuju parti
itu.
Sebaliknya mereka mengambil peluang tersebut untuk memburuk-burukkan Pakatan rakyat semahu-mahunya.
"Ucapan dasar Datuk Seri Najib menjadi ucapan nanar yang sasarannya ialah Pakatan Rakyat khususnya PAS.
"Muslimat
mencadangkan Presiden Umno berdebat dengan Presiden PAS, Timbalan
Presiden berdebat dengan Timbalan Presiden PAS dan naib-naib presidennya
dengan Naib Presiden PAS.
"Tidak guna mereka menggunakan perhimpunan sendiri untuk mengutuk pihak lawan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Tambah
Aiman lagi, debat tersebut bukan untuk mencari siapa menang dan siapa
kalah sebaliknya mahu rakyat menilai sendiri ketokohan semua pimpinan
kedua-dua parti.
"Kita bukan mahu mencari pemenang tapi kita mahu
debat yang harmoni, penuh fakta, menunjukkan intelektual pemimpin
supaya rakyat dapat menilai sendiri.
"Sebaik-baiknya debat ini
diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 sebelum rakyat memilih pemimpin
yang dirasakan layak," katanya.
Beliau juga yakin wanita dan
generasi muda mahu melihat pemimpin yang lebih matang dan mempunyai
matlamat yang jelas daripada pemimpin yang hanya tahu memburuk-burukkan
pihak lewan di medan sendiri.
"Muslimat juga mewakili generasi
muda mahu melihat politik yang lebih matang dengan gagasan pemikiran
yang dibawa, bukan politik kutuk-mengutuk kerana zaman politik begitu
sudah berakhir," katanya.
No comments:
Post a Comment