KUALA LUMPUR: Wakil NGO Royalti (R) yang hadir ke
Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini
didakwa telah dihalau ketika cuba masuk ke dewan itu.
Enam orang wakilnya termasuk presiden NGO tersebut, Nazri Deraman telah dihalau ketika berada di tingkat 4 untuk mesuk ke dewan.
Kumpulan mereka kemudian diiring keluar sehingga ke kaki lima luar dewan.
Menurut
kenyataan ringkas di Facebook Setiausaha NGO itu, Hishamuddin Ghazali,
beliau mendakwa telah dihalau oleh sekumpulan 'samseng' Umno.
"Kami
hadir dengan aman untuk membawa suara rakyat Kelantan bagi menyerahkan
memorandum kepada perwakilan Umno Kelantan untuk mencadangkan usul
tergempar berikan royalti Kelantan.
"Berginikah layanan parti yg
kononnya memperjuangkn Melayu. Adakah rakyat masih tidur selepas kami
diperlakukan bergini?" soal beliau.
Sehubungan itu, mereka terpaksa membuat satu sidang media di kaki lima di luar dewan.
No comments:
Post a Comment