PULAU PINANG: Siapa kata Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga tidak boleh di menangi PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini?
Ini kerana, kerana kedudukan Umno yang semakin terperuk dengan masalah tersendiri sejak kebelakangan ini.
Malah Adun BN di situ, Datuk Azhar Ibrahim walaupun beliau salah seorang exco pada waktu Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini mula diperkatakan rakyat.
Selain jarang turun ke padang bertemu rakyat beliau juga dikatakan lebih membiarkan politiknya dimainkan oleh isterinya terutama ke majlis kenduri kendara di kampung- kampung.
Memandangkan PAS sudah lama bertapak khususnya di Penaga dan Parlimen Kepala Batas maka tidak dapat tidak masyarakat telah mengenali PAS sebaris Umno.
Manakala dua Dun lagi iaitu Bertam dan Pinang Tunggal ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut Penyelaras Dun Penaga, Rosidi Husain (gambar atas), memandangkan runggutan rakyat yang membuak- buak maka pada tahun 2010 Pusat Khidmat Penyelaras Dun Penaga ditubuhkan bermula di Dewan Banjir Permatang Bendahari dan kini berpindah ke sebuah bangunan di Persimpangan Pasir Gebu.
"Berbagai masalah seperti jalan tar, longkang dan banyak lagi yang diabaikan oleh Dato' Azhar terpaksa dilaksanakan oleh Pusat Khidmat Penyelaras Dun Penaga. Ini membuktikan beliau seolah lepas tangan kerana kecewa dengan rakyatnya sendiri, " terangnya yang juga pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Pulau Pinang.
Sokongan anak muda di Penaga makin meningkat ke tahap 66 peratus manakala kaum Tiounghua pula tidak jemu- jemu menanti tarikh pilihanraya umum untuk memangkah PAS dan Pakatan Rakyat.
Bagi mereka Umno dan komponen BN tidak boleh diharap lagi sebagai pemerintah di peringkat negeri dan persekutuan.
Program warga emas, ibu tunggal, pelajar emas, anak emas, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapat sokongan padu tanpa berbelah bahagi walaupun pada mulanya ramai yang sangsi dan terikut- ikut dengan rentak Umno yang senantiasa menyebarkan fitnah.
Paling mengembirakan golongan muda ujar Rasidi, ialah pembinaan Gelanggang Rakyat yang dalamnya terdapat padang futsal, bola jaring dan takraw di Kampung Tuan Syed.
"Saya selaku Penyelaras Dun mengucapkan jutaan terima kasih pada Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) kerana membina Gelanggang Rakyat di Kampung Tuan Syed demi mencari bakat baru, menjalinkan ukhwah sesama sendiri di samping membentuk jati diri kalangan pemuda yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa depan, " terangnya.

No comments:
Post a Comment