KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan syukur yang tidak terhingga ekoran
kejayaan negeri itu melakar sejarah terbaik dalam keputusan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 yang diumum semalam.
Dalam
keputusan yang diumumkan Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang
semalam, 12 calon dari negeri itu mendapat A dengan Nilai Gred
Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam semua mata pelajaran yang diambil,
berbanding hanya empat orang tahun sebelumnya iaitu menyaksikan
peningkatan tiga kali ganda.
"Tahniah saya rakamkan, semoga kejayaan hari ini akan menjadi motivasi untuk terus maju di masa hadapan.
"Tidak
lupa kepada semua calon-calon STPM yang menerima keputusan semalam,
panjatkanlah syukur dengan kejayaan yang cemerlang dan teruskan usaha
jika keputusan sebaliknya," katanya melalui Facebook.
Tuan Guru yang juga Musryidul Am PAS berkata, apa yang penting ialah, kecemerlangan dalam hidup perlu diteruskan.
"Kejayaan
yang hakiki ialah apabila kita berjaya memanfaatkan diri kita untuk
kebaikan orang lain, dan yang paling bermaka jika kejayaan itu diiringi
pula dengan kejayaan di akhirat, Insya-allah," katanya.
No comments:
Post a Comment