KUALA TERENGGANU: Sesebuah kerajaan itu pasti berakhir
apabila sampai masanya sebaliknya akidah Islam akan terus berkembang,
kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.
Berucap
di Majlis Makan Malam Dana PRU-13 Parlimen Kuala Nerus kelmarin, beliau
berkata, PAS yakin Islam yang diperjuangkan parti itu akan kekal.
"Setiap
kerajaan itu ada tempoh masanya, ada ajalnya, sampai umur akan mati,
walau pun dijaga dengan rapi, kerajaan ini sampai masanya akan jatuh,
walau pun mereka mempertahankan dengan habis-habisan, habis tenaga,
habis kekuatan, habis kewangan, apabila sampai masanya dia akan tumbang.
"Kita
(PAS) yakin akan diberi kemenangan sebagaimana yang dijanjikan Allah
dan Nabi (Muhammad SAW) telah mengingatkan kepada kita, Islam akan
berkembang dimana sahaja adanya matahari dan bulan," katanya.
Menurut
beliau, PAS tidak memberikan wang ringgit kepada rakyat agar mereka
mengundi PAS seperti yang dilakukan oleh Umno BN sebaliknya PAS
memberikan keyakinan serta menanmkan akidah ke dalam hati rakyat.
Oleh itu, katanya, PAS tidak gentar dengan persiapan yang dilakukan oleh musuh dalam menghadapi PRU 13.
"Sebab
itu kita tidak gentar dan takut dengan persiapan oleh lawan kita,
setiap kali kita menghadapi pilihanraya bukan dengan kewangan yang
cukup, tetapi kita berbeza dengan mereka,
Mereka bagi duit, duit
akan habis, kita tak bagi duit (tapi) kita bagi idea, bagi pandangan,
mantap akidah (dan) keyakinan (kerana) sebanyak mana kita beri pun
(modal) kita tak habis, tidak akan habis apa yang kita
sampaikan,"ujarnya.
No comments:
Post a Comment