KOTA BHARU: Dewan Ulamak menerima usul dengan meminta ulama diberi peranan dalam pentadbiran kerajaan di negeri yang diperintah PAS bagi mengelakkan pentadbirannya tergelincir daripada matlamat asal perjuangan.
Usul tersebut diterima selepas dibahas oleh tiga wakil urusan ulama kawasan. Usul itu dibawa Urusan Ulama Pulau Pinang dan disokong Urusan Ulamak Pokok Sena. Turut disokong wakil Urusan Ulama Batu Gajah, Perak.
Wakil Urusan Ulama Perak berkata, usul berkenaan bukan menggambarkan ulama mahukan jawatan dalam kerajaan semata-mata.
Mohd Azuddin Ibrahim dari Pendang ketika menyokong usul tersebut menegaskan jangan biarkan Umno bertapak di negara ini dan hendak dihumbangkan ke Laut China Selatan dan dihalau ke Gunung Tahan.
Manakala usul diterima tanpa dibahas dibawa Urusan Ulamak PAS Kemaman dan Shah Alam antara lain menyebut, menyedari PAS satu gerakan mendaulatkan kalimah Allah berdasar al Quran dan Sunnah, Ijmak dan Qias tidak akan berubah dan terus dipertahankan.
“Maka Dewan Ulamak hendaklah menjadi benteng Islam untuk memelihara dasar dan kesucian parti daripada mana-mana pegangan fikrah al Hadammah yang boleh merosakkan fikrah parti,” kata pembawa usul berkenaan.
Usul Urusan Ulama Wilayah Persekutuan pula diluluskan dengan dua kali pengundian dilakukan pengerusi tetap. Kali pertama usul berkenaan ditolak apabila dibantah Urusan Ulama Melaka memandangkan PAS telah ada Ilham dan KUIZM.
Katanya, usul berkenaan dianggap tidak perlu kerana ia membabitkan kos yang tinggi, jadi kita perlu perkasakan apa yang sedia ada.
Wakil Urusan Ulamak Wilayah Persekutuan sekali lagi tampil bagi mempertahan usul berkenaan kerana baginya kemampuan ulama sekarang mula dipersoalkan sesetengah pihak.
“Maka menyedari keperluan semasa bagi memperkasakan ulama supaya lebih dihormati dan perlu diperkukuhkan lagi dengan kewujudan Akademi Latihan.
“Wilayah mahu memantapkan lagi kepemimpinan ulama dan ditakuti tercicir di medan dakwah dan jihad,” katanya.
Sebelum itu Urusan Ulamak Shah Alam sokong dengan lantang tidak mahu fahaman syiah menular dalam PAS kerana ia melibatkan soal aqidah yang tidak boleh dibuat main-main.
Urusan Ulama Kuantan pula menyokong 100 peratus usul dibentang Urusan Ulamak Wilayah dengan membawa usul perlu diwujudkan audit syariat kerana ia bertepatan dengan perkembangan semasa. Aqidah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah diauditkan.
“Jangan ada pemimpin di atas mencemarkan aqidah ahli Sunnah wal Jammah. Jangan pilih calon yang popularkan sahaja, sedangkan solat jemaah di masjid pun tidak kelihatan, tidak datang solat Subuh berjemaah.
“Pilihlah pemimpin yang popular dekat dengan Allah dan bukan hanya popular di kalangan manusia sahaja. Presiden kita biar pun tidak popular di kalangan manusia, namun kita yakin lebih dekat dengan Allah Taala,” ujarnya.
Bagaimanapun PAS Lenggong mahu usul itu dimantapkan sedikit memandangkan audit syariat sebenarnya sudah berjalan dengan peraturan yang dikuatkuasa dalam PAS sekarang.
Katanya, mahu Majlis Syura Ulama perlu diperkasakan lagi kerana tidak mahu orang yang sama diberi lebih banyak bebanan.
Menurutnya Audit Syariat sepatutnya dilaksanakan kerajaan seperti yang telah dilaksanakan di Terengganu, namun malangnya hayat usia kerajaan tidak panjang.
No comments:
Post a Comment