PENGKALAN CHEPA: Presiden PKR Datuk Wan Azizah Wan Ismail (gambar)
mengambil iktibar dari ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang yang memberikan gambaran yang luas merangkumi semua
aspek.
Beliau berkata, Tuan Guru Abdul Hadi banyak menyentuh isu-isu semasa yang sepatutnya ditangani oleh semua pihak khususnya membabitkan pergolakan umat Islam di luar negara.
"Misalnya isu Palestin yang semakin bergolak, Filipina dan Rohingya," katanya ketika ditemui di khemah perkarangan Putik.
Beliau turut memberi sokongan terhadap seruan Presiden PAS yang mengajak para petugas PAS serta Pakatan Rakyat agar bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya.
"Sama-sama kita akan dapat kemenangan, kita akan ubah kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam pemerintahan hari ini," katanya.
Wan Azizah juga memuji penegasan Abdul Hadi berhubung konsep Negara Berkebajikan yang menyifatkan konsep itu merangkumi aspek perpaduan yang akan membawa negara ini ke arah yang lebih adil dan saksama.
Bahkan, jelasnya, konsep ini turut diketengahkan di peringkat Pakatan Rakyat dan sudah mempunyai mekanisma bagaimana hendak mentadbir negara dalam konsep yang dibawa oleh PAS.

No comments:
Post a Comment