KOTA BHARU: Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, muktamar adalah medan untuk perwakilan memberi kritikan membina demi memperbaiki kelemahan yang masih ada dalam Dewan Pemuda PAS.
Justeru katanya, para perwakilan digalakkan menggunakan runag perbahasan muktamar yang singkat ini untuk melebihkan kritik berbanding memuji kejayaan yang telah dilakukan.
Menurutnya, apa yang dibimbangi, pujian akan membuatkan pimpinan, jentera dan ahli pemuda berasa selesa dan merasakan tidak perlu bekerja kuat lagi.
"Saya harap para perwakilan kita pada perbahasan hari ini melebihkan kritik berbanding memuji," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi perbahasan pagi berehat tengah hari tadi.
Sementara itu beliau turut memuji kematangan para pewakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan pagi ini.
Beliau berpendapat isu yang dibangkitkan pada muktamar kali ini menunjukkan kematangan dewan pemuda PAS itu sendiri.
"Saya cukup berpuas hati dengan kualiti perbahasan dari paewakilan hari ini.
"Walaupun ada dikalangan mereka ini masih baru, tetapi kita dapat melihat kematangan mereka,' katanya.
Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-53 kali ini meyaksikan hampir 1000 penyertaan dari perwakilan dan pemerhati.
Mengulas kritikan-kritikan yang dibangkitkan perwakilan pula, Nik Abduh berkata pihak kepimpinan pemuda menerimanya secara terbuka dan akan membincangkannya kemudian.
No comments:
Post a Comment