(Para perwakilan Muktamar Dewan Ulamak)
KOTA BHARU: Wakil Urusan Ulama Bagan Datuk Perak, Mohd Khir Jamaluddin bimbang golongan ulama terpinggir sebagai calon pada pilihan raya memandangkan sekarang menjadi “trend” bekas-bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS.
Sedangkan katanya, mereka tidak pernah menjadi proses tarbiah dalam parti, namun kemungkinan lebih mendapat tempat sebagai calon pada PRU nanti.
“Sedangkan ada calon-calon dari kalangan ulama yang berwibawa namun dibimbangi kemungkinan akan diketepikan,” katanya.
Merungkai isu berkenaan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Puisat, Dr Khairuddin Ahmad Razali berkata, soal calon bukan berada di bawah bidang kuasa Dewan Ulamak, sebaliknya ia hak PAS Pusat.
Menurutnya selain kelayakan dari segi syaksiah banyak aspek lain yang menjadi pertimbangan, namun ia lebih bersifat strategi yang tidak boleh diumumkan secara terbuka.
Kata beliiau juga setiap kali pilihan raya Dewan Ulamak menghantar antara 20 hingga 25 peratus senarai calon dari kalangan ulama atau bertaraf ulama.
Bagaimanapun sudah menjadi prinsip dalam Dewan Ulama, mana-mana pihak yang meminta untuk disenaraikan sebagai calon akan diketepikan.
Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mahfudz Mohamad berkata, pernah berlaku ada pihak yang meminta untuk dicalonkan ditolak, kemudian dia membawa diri menyertai parti lain.
“Dalam kes yang berlaku itu akhirnya parti terbabit juga menyingkirkan orang berkenaan. Jadi keputusan awal kita menolak hasratnya menjadi calon terjawab dengan sendiri,” ujarnya ketika menjawab persoalan serupa.
Mengenai isu Syria Dr Khairuddin berkata, PAS sudah mengambil pendekatan tidak menyokong Presiden Bashar Assad, dan tidak mahu pihak luar ikut campur tangan dalaman negara berkenaan.
“Sebelum ini kita pernah menjemput wakil Ikhwan Muslimin Syria datang pada program yang kita anjurkan di sini dan mereka menjelaskan apa yang berlaku di sana.
“Dan buat masa ini kita tangguh ziarah rasmi ke sana disebabkan keadaan di sana tidak mengizinkan,” katanya.
Mengenai penyaluran maklumat melalui media baru, katanya laman web rasmi milik Dewan Ulamak dikunjungi hampir 2,000 pengunjung sehari hari.
Malah katanya isu-isu serupa juga disiarkan dalam Harakahdaily dan Harakah cetak.
Bagaimanapun isu-isu yang dijawab Dewan Ulamak belum keluar secara meluas dalam Harakah cetak dan berharap ia dapat diatasi selepas ini.
“Berita-berita yang keluar dalam web ulama jarang tidak masuk dalam harakahdaily, cuma Harakah cetak hanya 30 peratus sahaja yang dipetik.
“Kita cadang untuk masukkan dalam Harakah cetak. Harapan ulama untuk berita-berita dalam Harakah cetak dipetik terus petik daripada laman web ulama,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment