KOTA
BHARU: Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 yang merupakan muktamar
terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan
Guru Abdul Hadi Awang mengeluarkan arahan khusus kepada ahli dan
pimpinan parti itu.
Tujuh arahan tersebut ialah:
1.
Mengarahkan semua petugas, ahli dan pimpinan PAS untuk sentiasa
menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah
perjuangan, tidak leka, tidak melaksanakan perkara yang merugikan
perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang
tidak penting.
2. Mengarahkan agar semua jentera parti : dewan -
dewan, lajnah, negeri untuk menumpukan perhatian kepada kerja
pilihanraya, dengan ikrar untuk mempertahankan negeri yang ditadbir
menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan seterusnya melebarkan ke negeri
lain, hinggalah ke pemerintahan Pusat.
3. Menyeru kepada semua
Kerajaan negeri di bawah PAS bersama Pakatan Rakyat - menggunakan masa
yang tinggal ini untuk menyelesaikan urusan rakyat, teruskan kerja
kebajikan; tanpa meninggalkan gerakerja parti hingga ke peringkat bawah
dalam masyarakat.
4. Mengarahkan kepada semua pihak dalam parti,
supaya berada di tahap bersiap-siaga yang paling tinggi untuk menghadapi
Pilihanraya umum ke-13 – di mana kita akan berdepan dengan mainan nakal
serta provokasi media dan BN yang terus menerus melaga-lagakan pimpinan
PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan, akan terus
memporak-perandakan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai
langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita. Jangan mundur, jangan
terkeliru. Dengarlah panduan dan kenyataan rasmi yang diberikan oleh
pimpinan tertinggi dari masa ke semasa. Semua pihak dalam parti perlulah
mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang meremehkan kita di
hadapan rakyat.
5. Mengarahkan kepada semua pihak dalam parti
supaya melaksanakan tugas pilihanraya masing-masing dengan penuh hikmah,
mengajak rakyat untuk berubah - bukan memusuhi rakyat, bertemu,
bercakap dan menulislah dengan bahasa yang difahami oleh mereka,
semuanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
6.
Mengarahkan kepada semua saf kepimpinan dan ahli, marilah sama-sama
kita mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan terus memperkukuhkan hubungan
hablun minallah semua petugas dan ahli PAS sebagai senjata yang akan
menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari
Allah SWT serta bertawakkal kepada Nya. Suasana menghadapi pilihanraya
janganlah menjadi penghalang kepada memperbanyakkan amal ibadat, solat,
puasa sunat, bermunajat yang akan menjadi benteng dalam perjuangan kita
ini kerana kemenangan Islam adalah kurniaan Allah SWT.
7. Marilah
pada hari ini, kita sama-sama memahami tema muktamar kali ini, serta
menyusun gerakerja dan strateginya nanti dalam semangat tema muktamar
NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN.
No comments:
Post a Comment