Friday, November 16, 2012

Ketua Pemuda PAS hanya ada RM9,000 dalam simpanan


KUALA LUMPUR: Mengotakan janji, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan semalam mengisytiharkan hartanya kepada khalayak ramai semasa ucapan penggulungan di Muktamar Pemuda PAS semalam.

Nasrudin, 42 mengisytiharkan bahawa beliau bersama isteri mempunyai pendapatan sebanyak RM2,800 and RM4,000 sebulan.

Beliau juga memberitahu bahawa beliau mempunyai RM9,000 di dalam simpanan semasa.

Daripada RM2,800 pendapatan beliau, RM2,500 ialah gaji yang diperolehi bertugas sepenuh masa sebagai Ketua Pemuda PAS dan RM300 hasil daripada sewa rumah.

Ayah kepada enam anak turut memperincikan perbelanjaan sebulan beliau – di mana RM530 dan RM1,400 dibayar untuk pinjaman rumah dan kereta.

“Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan. Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia,” kata beliau.

Sebelum muktamar, Pemuda PAS telah membuat pengumuman bahawa semua exconya, termasuk mereka yang tidak bertanding di PRU13 akan mengisytiharkan harta.

Cadangan tersebut disokong oleh PAS Pahang dan Selangor, Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali.

Semasa perasminan Muktamar Pemuda, Timbalan Presiden Mohamad Sabu telah memberi komitmen untuk memastikan cadangan itu bertukar menjadi realiti.

Mat Sabu berkata deklarasi asset adalah wajib bagi semua calon yang bertanding di PRU13

1 comment:

pak mat said...

Alangkah indahnya jika seluruh saf kepimpinan ulamak Pas Pusat termasuk Majlis syura ulamak mengistiharkan harta tentu akan memberi impak yang kuat untuk Pas menuju Putrajaya dan memberi keyakinan kepada rakyat seluruhnya...