Sunday, September 23, 2012

Batal calon: Mahasiswa Pendidik Upsi lapor polis


KUALA LUMPUR: Mahasiswa Pendidik (MP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat laporan polis berhubung isu pembatalan enam calon mahasiswa dari menyertai pilihan raya kampus kali ini.

Laporan tersebut dibuat apabila enam mahasiswa telah dinafikaan pencalonan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas sebab teknikal yang tiada dalam syarat wajib pemilihan.

Menurut sumber dari Upsikini, kumpulan Mahasiswa Pendidik dikatakan meragui proses pemilihan MPP pada kali ini kerana wujud unsur penyelewengan dan penipuan.

Salah seorang daripada calon yang dinafikan pencalonan, Mohd Shukri berkata, setelah pihaknya meneliti dari sudut perundangan dan pengurusan, beliau yakin dan percaya penolakan enam calon untuk tidak dibenarkan bertanding mempunyai unsur penyelewengan, salah guna kuasa dan sabotaj dari pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) kepada pihak mereka.

Sementara itu, menurut mantan Exco MPP UPSI sesi lepas, Herwana Herman, pada pilihan raya kampus yang lalu tiada calon dibatalkan percalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto pada borang.

"Berbeza pada sesi pemilihan kali ini, enam mahasiswa dinafikan percalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto sedangkan perkara tersebut tidak termasuk dalam syarat pemilihan calon bertanding," katanya sebagaimana dipetik dari laman Mahasiswakini.

Semalam, kumpulan Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) juga membuat laporan polis di Ibu Pejapat Polis (IPD) di Balai Polis Pantai ekoran penyalahgunaan kuasa di dalam pilihan raya kampus sesi kali ini.

Di mana, keputusan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Kampus UM mengekalkan 6 'calon tua' Penggerak Mahasiswa yang didakwa telah melanggar tatacara dan peraturan di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM.

Mereka di bantah kerana dikatakan telah melebihi had semester yang telah ditetapkan iaitu dua semester atau satu tahun daripada tempoh minimum pengajian.

Calon tersebut adalah Cher Ruey Huat daripada fakulti Undang-undang, Lock Li Ping daripada fakulti Kejuteraan, Zulaikha Zulkifli dan Malik Sham daripada fakulti Pendidikan serta Ahmad Syahmi Naim daripada fakulti Kebudayaan.

Menurut Pengerusi Pro Mahasiswa UM, saudara Edikop, pihak mereka tidak menolak untuk mengambil tindakan mahkamah untuk menangguhkan pilihan raya kampus kali ini disebabkan masalah tersebut.

"Tindakan penangguhan ini hendak dilakukan supaya PRK yang bakal dilaksanakan lebih telus dan adil," katanya dalam sidang media.

No comments: