Monday, September 24, 2012

Royalti: Semak perjanjian Petronas-negeri?


KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan bercadang untuk menyemak balik perjanjian Petronas dengan kerajaan negeri dalam isu royalti.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff yang mengemukakan soalan itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini, memandangkan tempoh perjanjian asal hanya 20 tahun bagi minyak mentah dan gas asli.

Katanya, minyak mentah boleh disambung setakat 4 tahun lagi manakala gas asli 14 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh jawapan menteri di Dewan Negara pada 7 Januari 1977.

Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli Parlimen, hari ini.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh manakah kemajuan dan perkembangan jawatankuasa untuk mengkaji dasar pelajaran kebangsaan serta apakah bidang-bidang utama yang dikaji.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah kutipan tol di lebuhraya berbayar semasa musim perayaan yang bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos 2012 yang lalu.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kesan positif yang diperolehi oleh negara dengan menggunakan perkhidmatan syarikat perundingan FBC Media yang turut membabitkan perundingan dengan seorang pelobi pro Zionisme, Joshua Trevino.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menyemak balik perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri dalam isu royalti. Memandangkan tempoh perjanjian asal hanya 20 tahun bagi minyak mentah dan gas asli. Minyak mentah boleh disambung setakat 4 tahun lagi manakala gas asli 14 tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh jawapan Menteri di Dewan Negara pada 7 Januari 1977.

No comments: