KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti,
Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) akan menganjurkan
konvoi mega R ke Putrajaya.
Ianya
adalah bersempena berlangsungnya perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri
Kelantan terhadap Petronas berkenaan Royalti Petroleum jam 9 pagi di
Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini.
Mengikut
jadual, konvoi itu akan bermula sehari awal iaitu pada 2 Oktober dari
beberapa tempat dari seluruh negara sebelum bersama menuju ke Putrajaya
pada pagi 3 Oktober.
Konvoi yang datang dari beberapa tempat itu
dijangka akan bergabung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada malam 2
Oktober itu sempena majlis solat hajat royalti yang akan dihadiri
kepimpinan Pakatan Rakyat dan pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan termasuk
Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Satu
majlis ceramah royalti juga akan diadakan selepas solat Isyak yang akan
menampilkan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP
Lim Kit Siang, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, Pengerusi NGO R,
Nazri Deraman serta pimpinan Pakatan Rakyat Selangor, Sabah dan
Sarawak.
Pada keesokannya pula, semua kepimpinan kerajaan negeri
Kelantan akan hadir ke Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya
bersama pasukan konvoi R.
Pada masa sama, NGO R juga akan
menyerahkan 150,000 tanda tangan rakyat Kelantan yang menyokong tuntutan
royalti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kompleks
Jabatan Perdana Menteri.
Perbicaraan pada 3 Oktober ini adalah
bagi mendengar permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan
kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berkenaan dengan 3 perkara:
i.
Pendengaran permohonan untuk merayu terhadap keputusan yang menolak
permohonan oleh Kerajaan Kelantan untuk mendapatkan penzahiran dokumen.
ii.
Pendengaran permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap
keputusan yang membenarkan permohonan oleh Kerajaan Persekutuan untuk
menentukan kes melalui isu undang-undang Aturan 14A dan bukan melalui
perbicaraan (hanya hujah guaman tanpa saksi)
iii. Pendengaran
permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang
membenarkan permohonan oleh Petronas untuk menentukan kes melalui isu
undang-undang Aturan 14A dan bukan melalui perbicaraan (hanya hujah
guaman tanpa saksi).
No comments:
Post a Comment