KUALA LUMPUR: Kumpulam Pro-Mahasiswa, Gabungan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) semalam memperolehi
kemenangan percuma di tujuh kerusi seawal hari penamaan calon semalam.
Kesemua
kerusi itu dimenangi tanpa bertanding selepas tidak dicabar oleh
mana-mana calon sehingga tamat sesi pencalonan dan bantahan semalam.
Kerusi
tersebut di Fakulti Sains Teknologi, Ekonomi, Pengajian Islam,
Pendidikan, Farmasi, Perubatan dan satu kerusi di peringkat umum.
Menurut
Pengerusi GMUKM, Saudara Afif, biarpun memperoleh kemenangan awal kali
ini, ianya tidak bermakna mereka akan memandang mudah tentangan daripada
Aspirasi.
Selain itu beliau turut mendakwa, ada pihak tertentu
memaksa mahasiswa UKM untuk bertanding atas tiket Aspirasi pada pagi
hari penamaan calon.
"Kita mempersoalkan bagaimana perkara ini
boleh berlaku. Pentadbiran seharusnya menjadi pengadil yang baik. Tidak
boleh berat sebelah menyebelahi mana-mana pihak," tegasnya dipetik
Mahasiswakini.
Sebanyak 28 kerusi menjadi rebutan antara kumpulan GMUKM dengan Apsirasi pada pilihan raya kampus itu kali ini.
Dengan
kemenangan tanpa bertanding di tujuh kerusi, bermakna 21 kerusi lagi
bakal menyaksikan persaingan antara kedua-dua kumpulan tersebut
sepanjang tempoh kempen kali ini.
Hari pengundian bagi pilihan raya kampus kali ini ditetapkan pada 25 September ini.
No comments:
Post a Comment