KUALA LUMPUR: Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan
Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan keyakinan kepada Pakatan
Rakyat meningkat selari dengan realiti yang berlaku di luar sana.
Menurut
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, melihat
suasana di peringkat rakyat ternyata wujud gelombang perubahan yang
sangat besar khususnya kepada Pakatan Rakyat.
Cuma, katanya,
rakyat sedang tertunggu-tunggu bila parlimen akan dibubarkan
memandangkan 'mood' perubahan rakyat telahpun berlaku.
"Perubahan
rakyat dari semasa ke semasa telah berlaku, malangnya mereka tidak
boleh menterjemahkan perubahan itu sebab parlimen belum dibubarkan,"
katanya kepada Harakahdaily.
Tuan Ibrahim percaya, antara faktor
besar yang mendorong kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rayat termasuklah
perasaan membuak-buak untuk membuat perubahan selepas memberi peluang
55 tahun kepada BN mentadbir negara.
Di tambah pula, katanya
kejayaan yang ditunjukkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti
Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah turut mempengaruhi negeri-
negeri lain untuk turut sama membuat perubahan.
Penyelewengan
yang sangat ketara berlaku misalnya dalam kes NFC, katanya cukup memberi
kredit kepada Pakatan Rakyat apabila rakyat cukup terkesan kerana ia
membabitkan dana rakyat.
"Berbanding isu Anwar naik jet mewah,
rakyat tidak terkesan sebab jet itu adalah hak peribadi bukannya duit
rakyat. Ini bukan isu teras. NFC duit rakyat. Ini mempengaruhi persepsi
pengundi," katanya.
Bagaimanapun, beliau turut menasihati
kerajaan PAS Kelantan agar memberi perhatian terhadap kajian tersebut
yang melaporkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan itu agak menurun.
"Bagi
kita kajian ilmiah ini perlu diambil penting untuk buat agenda
bertindak seterusnya, dan Pakatan Rakyat pula jangan ambil selesa dengan
kajian ini dan perkemaskan strategi untuk capai matlamat kita,"
katanya.
Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan
sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding dengan
kajian yang dibuat pada awal tahun ini.
Kajian terbaru yang
bertajuk Pola Pengundian Menjelang Pilihanraya Umum ke-13 dibuat pada 1
-16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia.
Parti mana
akan menang dalam PRU-13, kajian Mac - April menunjukkan keyakian kepada
BN akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan ianya
menurun kepada 44% sahaja.
No comments:
Post a Comment